Kinabalu Today

Kinabalutoday.com aim to give readers news that is different from the rest of the pack. Our goal is to get hold of truth and drag it out for all to see. In pursuit of truth, we spare no effort to get our facts right, our acts correct, our mission going.
Home

Search Our Site

Latest News

image
image
image
Promo
Opinion/Comment
Total Visitor
1504498
Today
Yesterday
This Week
All days
352
2019
16466
1504498

Your IP: 50.17.119.59
2016-05-01 04:10




Kinabalu Today

All the News

Insentif Pingat Emas Individu Sabah RM5,000 - Tawfiq


RANAU: Pemenang pingat emas individu bagi Sabah di Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-18 di Kuching, Sarawak,

MOSTI Extends Dengue-free Programme To Sabah, Four Other States


KUALA LUMPUR: The Science, Technology and Innovation Ministry (MOSTI) will expand its phase two implementation of the Dengue-Free Community (KBD) programme to

Elderly man who came to KK for medical treatment falls to his death from Hotel


KOTA KINABALU: A man from Sarawak who told his friends he was coming here to seek treatment for an ailment,

JPBD Diminta Guna Segala Aset Dan Logistik Tangani Musim Kering - SKN


KOTA KINABALU: Semua pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) yang terdiri daripada pegawai daerah dan

After shootout, China says Uighur militants a threat to Indonesia


BEIJING: Ethnic Uighur militants from western China are increasing their presence in Indonesia, China's Foreign Ministry said on Thursday,

KUALA LUMPUR: Pasukan kendalian bekas jurulatih kebangsaan Dollah Salleh, Perlis melaungkan amaran awal mencabar kejuaraan Liga Perdana apabila membelasah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 6-1 pada aksi pembukaan malam ini.

Aksi di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar menyaksikan skuad Singa Utara yang kembali ke saingan Liga Perdana musim ini membuka jaringan seawal minit kedua menerusi bekas pertahanan import ATM dari Nigeria, Obinna Nwaneri sebelum Mohd Alafi Mahmud menggandakan jaringan tujuh minit kemudian.

Penyerang kebangsaan New Zealand, Kayne Vincent menambahkan keperitan ATM apabila menjaringkan dua gol, masing-masing pada minit ke-20 dan 36 selain jaringan Mohd Afif Amiruddin pada minit ke-30 dan Sadam Hashim pada minit ke-45.

Mohd Zaironi Yusof menghasilkan gol tunggal ATM lima minit selepas babak kedua bermula tapi belum cukup untuk menghalang tuan rumah menang besar 6-1, bagi melonjak ke tangga teratas carta.

Pasukan UiTM FC pula menduduki tangga kedua selepas membenam Sabah 4-1 di Stadium UiTM, Shah Alam hasil sentuhan penyerang import dari Uzbekistan, Pavel Purishkin yang melengkapkan hatrik dalam aksi pertamanya dalam Liga Perdana.

Purishkin menghasilkan golnya pada minit ke-31, 73 dan 89 manakala satu lagi jaringan disumbangkan pemain import dari Brazil, Eliel da Cruz pada minit ke-81. Gol sagu hati Sabah dijaringkan penyerang import dari Nigeria, Prince Nnake pada minit ke-50.

Di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, DRB Hicom FC mengejutkan tuan rumah, Johor Darul Ta'zim (JDT) II dengan kemenangan 3-1 menerusi jaringan Mohammad Nazri Kamal pada minit ke-12, Ivan Babic (m33) dan Kim Jin-yong (m78) manakala gol tunggal JDT dijaringkan pemain import dari Singapura, Shahril Ishak pada minit ke-27.

PKNS FC yang menggunakan Stadium Hang Jebat, Melaka sebagai laman sendiri kalah tipis 0-1 kepada Kuala Lumpur menerusi sentuhan penyerang import baharu pasukan pelawat dari Brazil, Anselmo Da Silva pada minit ke-65.

Sementara itu, Negeri Sembilan gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila sekadar seri 1-1 dengan Kuantan FA.

Pengadil, Zulkifli Ahmad turut melayangkan kad merah kepada Hariri Safii dan Hazwan Fakrullah, masing-masing dari Negeri Sembilan dan Kuantan FA pada minit ke-61 berikutan insiden pergaduhan yang menyebabkan perlawanan terhenti seketika.

Terdahulu penyerang import dari Australia, Andrew Nabbout meletakkan pasukan tuan rumah dihadapan pada minit ke-33, namun penyerang dari Ivory Coast, Dao Bakary menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-53 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Sime Darby FC turut mencatat keputusan seri apabila terikat 2-2 dengan Melaka United di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Pemain import dari Ivory Coast, Frederic Pooda meletakkan tuan rumah di hadapan sebanyak dua kali menerusi jaringan pada minit kedua dan 25 sebelum skuad Sang Kancil menyamakan kedudukan menerusi Balsa Bozovic (m18) dan Nurshamil Abdul Ghani (m90).
0
0
0
s2sdefault

Stay in Touch and get updates

Keep up to date with changes and updates via our email newsletter.
by KinabaluToday